AsSoLaTu iMaDuddiN

Wednesday, December 22, 2010

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) a.k.a Kencing Manis semasa Mengandung

Assalamualaikum..:)

Entri ku pd hr nie insyaAllah berbentuk medical sket..ditujukan khas utk 'kakak ku' yg tgh pregnant & sgt risaukan ttg masalah GDM..& tentunya utk dikongsikan juga bersama semua bakal2 ibu di luar sana..(yg tersinggah ke blog nie la...)

Kita bermula drp Apa itu GDM dlu yerr..

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah masalah kencing manis atau gangguan penyerapan gula yg terjadi di kalangan ibu mengandung.

Keadaan nie berlaku disebabkan olehpe
rubahan hormon yg berlaku di dlm tubuh ibu mengandung..di mana peningkatan hormon2 lain telah mengganggu kecekapan fungsi hormon insulin..& menyebabkan insulin gagal mengawal gula dlm darah ke tahap yg normal...

(INFO: insulin ialah hormon yg bertanggungjawab mengawal aras gula dlm darah secara semulajadi)

So..itu la sebabnya semasa mengandung sesetengah ibu mmpunyai gula darah yg tinggi walaupun corak pemakanannya tiada yg berbeza berbanding sebelum pregnant..!!


Fakta yg best psl GDM ialah.. ia akan hilang selepas bersalin..bukan permanent laa maksudnya..

Fakta yg x best pulak ialah..anda2 yg pnah kena GDM adalah berisiko tinggi utk develop T2DM (Kencing Manis yg salu dgr tu..) yg permanent...sekiranya:
  1. Tak jaga makan - pantang nampak...bedal apa saja...(sila jgn mengamalkan perut 'tong sampah' yerr :D)
  2. Menten bulat (Overweight & Obese) - sila kekalkan berat bdn yg ideal..!!
  3. Ada sejarah penyakit dalam keluarga yg kuat - mak atau ayah ada diabetes...mak & ayah dua2 ada diabetes..(Berjaga2laa anda..!!)

Apabila kita bercakap tentang gula yg tinggi dalam darah...tahukah anda dari manakah datangnya gula tersebut???
Yaa..tentu skali gula datangnya drp pemakanan kita..!! Oleh itu Diet/Pemakanan adalah kunci yg penting dalam mengawal GDM nie..

Pertama skali..kenalpasti dulu makanan2 yg mengandungi gula:
  1. Gula ringkas - semua makanan & minuman yg rasa manis (termasuk milo kosong yerr..!!)
  2. Gula kompleks - kanji drp nasi, bihun, mee, kueyteow, laksa, spaghetti, tanghoon, roti, biskut, ubi2an, sayur berubi
  3. Gula susu (laktosa) - susu & produk tenusu
  4. Gula buah (fruktosa) - dalam semua buah & semakin tinggi mengikut saiz dan tahap keranuman (kemasakan..btul ke bahasa ku ni?) buah tsebut
*Air kosong, sayur-sayuran (berdaun/jenis buah) & rempah2 tidak mengandungi gula
Secara ringkasnya...ikut Diabetic Plate di bawah nie..:D


PERKARA-PERKARA yg PENTING:

Establish waktu makan yg tetap & teratur


Biasanya 3 kali sehari (cth: 8.00 a.m - Breakfast, 1.00 p.m - Lunch & 8.00 p.m - Dinner).
Ini penting utk memastikan badan anda mempunyai masa yg secukupnya utk mnyerap gula yg diambil pd waktu makan yg sblumnya...sebelum mengambil makanan utk next meal pulak..so, jgn 'brunch'..jgn skip makan..sebaliknya, MAKAN ON TIME..

Dan pastikan Dinner anda tidak terlalu lewat...iaitu sekurang2nya 2 jam sebelom waktu tdo..ZzZzz



Elakkan gula ringkas terutamanya dalam makanan/minuman manis


Pengambilan gula ringkas drp minuman & makanan manis akan menyebabkan anda sukar utk mengawal aras gula darah anda...sbbnya..gula ringkas nie dh dalam bentuk yg teringkas & x memerlukan pencernaan lg..jdnya, ia sgt cepat menaikkan aras gula dlm darah..!!

Aras gula darah yg sentiasa tinggi akan menyebabkan fetus (janin) mendapat gula yg tinggi jgk..gula yg tinggi akan meningkatkan rembesan insulin fetus..& mengakibatkan fetus menjadi besar (pembentukan tisu adipose/lemak yg berlebihan)..Bila baby besar..bgaimana anda nak melahirkannya secara normal?? So..Cessarean (ikut tingkap) terpaksa dilakukan...huhuhuu



Kawal pengambilan gula kompleks (kanji), gula susu & gula buah


Sukat portion size (jumlah) makanan berkanji anda...jika anda makan nasik atau apa2 makanan berkanji yg lain dgn berlebihan...gula darah anda akan tetap tinggi walaupun selepas 2 jam anda makan..!!


Bg ibu mengandung, susu adalah minuman yg WAJIB diambil (klu x..cepatlaa anda sakit tulang...gigi reput & sbgainya)..Disebabkan susu juga ada gulanya (laktosa), 2 gelas susu sehari adalah memadai & perlu diambil secara berasingan iaitu 1 gelas pagi & 1 gelas lg malam.


Buah-buahan pula dibenarkan 2 hidangan sehari...diambil 1 hidangan lepas makan tengahari & 1 hidangan lg selepas makan malam..jumlah & saiz buah hendaklah dikawal supaya tidak berlebihan..(sila refer Dietitian di tempat anda klu nak tau lebih detail...) Pastikan anda tidak mengambil buah semasa perut kosong atau diambil sebagai snek (makanan selingan).


Lebihkan pengambilan serat/fiber


Serat/fiber adalah sgt penting dalam mengawal aras gula terutamanya bg mereka yg menghidap diabetes...anda boleh meningkatkan pengambilan serat anda dgn mengambil bijirin penuh mil (wholemeal), produk yg tinggi serat (oats), kekacang (pastikan yg bukan bergoreng & bergaram..!!) & melebihkan pengambilan sayur-sayuran (bukan dr jenis yg berubi).. Selain dr dpt melambatkan pengumpulan gula dlm darah, serat juga dpt memberi rasa kenyang yg lebih lama..jd, anda akan dapat mengawal jumlah pengambilan makanan anda dgn meningkatkan pengambilan serat..!! (Berita baik utk mereka yg ingin ber'diet'..hehee..)

Tingkatkan aktiviti fizikal


Pergerakan, exercise & apa2 jua aktiviti fizikal sbnarnya dpt mempercepatkan penyerapan gula darah oleh tubuh badan kita...lebih byk anda bergerak..lebih byk gula diserap drp darah anda..jdnya, gula tidak berkumpul secara berlebihan di dalam darah..dan bacaan gula darah anda insyaAllah akan menjadi NORMAL..!!



Setakat ini dulu perkongsian sy pd hari ini...dh penat menaip nie..rujukan x disertakan laa yer...sbb ni skadar 1 penulisan blog berdasarkan experience penulis sndiri...renung2kan..!!


Ibu sihat...bayi comel..!! hehee :D


Salam
(^_^)

5 comments:

ammarth said...

Wah.. terbaik!! kompilasi nukilan seniri.. syabas!! tahap kolumnis dlm akhbar dh nih.. :P

Shahid said...

uih~ :)
okey jugak kalo wat blog cite mcm nie..
at least bleh laa sambil2 tu sharing dgn org lain..

"Hu5sN4-sama" said...

ammarth: hahaa..thanks..tp melambung sgt tu..x smpai thap kolumnis pn lg..

shahid: yerr..ni la tujuan sy buat blog kali nie..utk sharing2...sharing is caring..sharing is loving kan? hehee..:D

Makeover360 Beauty Academy said...

bole cuba vitamin shaklee untuk kencing manis semasa mengandung.. insyaAllah berkesan ;)
http://mamacergas.blogspot.com/

Unknown said...

Salam..saya 3 kali mengandung..2 kali yg pertama ade diabetes..tapi border3 jerlah..cukup dengan kawal diet..memang merisaukan sbb anak2 saya size besar huhu berbanding dgn fizikal saya patutnye anak tu xleh besar Sgt or else akan menyukarkan proses bersalin..

Tapi alhamdulillah..apa yg saya buat..kawal diet..kira kalori dan lebihkan fiber..dulu pernah ambil fiber shaklee..lepas tu bila dh discont saya ambil omega..alhamdulillah..kali ke 3 pregnant..ambil omega dr awal..free from diabetes :)

Utk more pengalaman n info berkaitan..jemput ke blog adaa ye

Www.adaa-inspiration.com