AsSoLaTu iMaDuddiN

Monday, May 16, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu...!!

Urghh..urghh..uhukks...tekak aku sakit hari nie..tp..still nak wish Selamat Hari Guru kpd suma cekgu di seluruh Malaysia sahaja...sbb negara2 lain tarikh Hari Guru dia lain2..

Just nak share sajak a.k.a puisi feveret aku utk cekgu yg aku rasa agak evergreen laa...

GURU OH GURU


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat


"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca"

(IKLAN: aku rasa bait2 rangkap nie yg paling 'mahaii')


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


USMAN AWANG
1979


Ikhlas daripada,

(Hehee...aku dah ada digital sign skang nie..:D)

4 comments:

ammarth said...

selamat hari guru!!..
dh ade digital sign yer? hhehe.. cantik2.. ^_^

itik serati said...

selamat hari guru sy ucapkan pada cikgu husna.. kerana mencurahkan air daun keladi.. eh silap.. mencurahkan ilmu pada saya.. hingga saya berjaya sampai ketahap super saiya ke-5.. eh ape nie.. hehe.. yerp.. thnx to my guru too.. cikgu norizan..

"Hu5sN4-sama" said...

ammarth:yer2..digital signature tuu..guna ppoint lg..hehee :D

"Hu5sN4-sama" said...

itik serati: slamat hr guru jgk cik itik..cekgu husna ajar itik berenang mungkin..hehee :P