AsSoLaTu iMaDuddiN

Sunday, February 5, 2012

Bookworm 'In The Making'

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku pernah dengar kata-kata orang bijak pandai. Siapa orangnya aku pon tak berapa tau. Kata beliau "Siapa kita 5 tahun akan datang dipengaruhi oleh siapa orang yang kita jumpa & bergaul dan BUKU apa yang kita baca". Aku rasa ada benarnya kata-kata tersebut.

Justeru itu, aku berazam untuk memulakan kembali hobi membaca aku yang pernah dulu dipupuk oleh abah tersayang aku sejak aku tadika dulu lagi. Aku ingat lagi masa aku tadika dulu abah selalu bawa aku ke perpustakaan negeri (kalau tak silap) untuk membaca & meminjam buku-buku yang aku suka. Aku ingat lagi 3 buah buku cerita pertama yang abah belikan untuk aku semasa tadika dulu (tak termasuk Doraemon la yerr..), Nasihat Luqman, Kisah Bani Israel Dengan Ikan dan Hang Tuah Pahlawan Melaka (aku tak 'sure' sangat tajuk buku Hang Tuah ni). Hasilnya, alhamdulillah..semasa aku tadika lagi aku dah boleh membaca buku cerita dengan lancar. Terima kasih, abah!

Semalam 'housemate' aku minta aku teman dia untuk menyelesaikan urusannya di Bintang Plaza. Selepas selesai urusan tersebut, kami singgah di Popular. Orang agak ramai semalam mungkin disebabkan cuti. Keempat-empat 'cashier' begitu panjang barisannya sampai ke rak-rak buku. Mungkin kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan membaca semakin bertambah baik. Itu petanda baik untuk masa depan Malaysia nie! (patriotik pulak tiba-tiba..hehee)

Hasil daripada 'lepas gian' aku terhadap buku, maka aku telah merembat 4 buah buku yang aku rasa macam nak baca. Habis baca tu belum tentu lagi. Tapi aku akan berusaha! Ganbatte..!! Ganbatte..!!


Ni la 4 buah buku yang aku beli semalam tu. Yang pertama sekali ialah kisah Ashabul Kahfi yang tercatat dalam Al-Quran tu. Aku rasa nak mendalami lagi pengajaran di sebalik 'kisah misteri' yang Allah perincikan dalam Surah Al-Kahfi tu. Buku yang kedua ialah soal jawab dengan ustaz 'kemaih keming' yang menjadi fenomena anak-anak muda masa kini. Siapa lagi kalau bukan UAI. Bukunya simple & 'straight-forward'. Harap-harap boleh menjadi rujukan untuk permasalahan semasa yang timbul dalam hidup aku. Buku yang ketiga ialah tentang seorang pemimpin Islam yang agung iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Haa..kalau anda tak tahu, tentera Islam di bawah kepimpinan beliau ni lah yang telah berjaya menawan kerajaan Kristian Konstantinopel. Dan buku yang terakhir ialah sebuah travelog mengisahkan perjalanan hidup Bob Lokman dari kelahirannya sehingga beliau dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayahNya di celah-celah dunia artis yang penuh dengan kemaksiatan. MasyaAllah~~

Ok laa..macam agak panjang pulak post aku ni. Penat membaca nanti. InsyaAllah..kalau dilapangkan masa nanti aku akan update pulak tentang summary buku-buku ni lepas aku berjaya habis baca. Hwaitingg~~!!

Salam.

The Chosen One



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasul Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Shollu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Shollu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Shollu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Shollu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Bismillahirrahmanirrahim...insyaAllah mulai hari nie, setiap post di blog aku akan dimulakan dgn kalimah 'Bismillah' yg bermaksud 'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani'. Sekadar perkongsian utk sape2 yg sudi singgah blog aku nie. Pagi tadi aku tgk rancangan J.O.M (Jalan Org Mukmin) di TV AlHijrah. So, perbincangan pagi tadi adalah ttg 'Mukaddimah Kitab Imam Nawawi' (lebih kurang mcm tu la tajuknya kalau tak silap aku). 

Ustaz tu (sori x ingat nama..huhuu) menceritakan tentang kenapa setiap buku2 yg dihasilkan oleh ulama2 islam yg terdahulu akan dimulakan dengan kalimah 'Bismillah'. Panjang penerangan beliau bermula daripada turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu Surah Al-Alaq. Allah perintahkan kita supaya 'Bacalah dengan nama TuhanMu yg menciptakanMu' (terjemahan ayat pertama Surah Al-Alaq). Aku pendekkan cerita, Ustaz tu kata pentingnya baca 'Bismillah' nie adalah utk membetulkan akidah dan niat kita dalam setiap apa yg kita lakukan. Contohnya bila kita memandu kereta. Kita baca 'Bismillah' lalu keadaan & niat kita akan jadi 'Aku memandu kereta Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani'. Dengan ini, insyaAllah akan datanglah keberkatan dalam apa yg kita lakukan. Dan keberkatan itu tersangatlah penting dalam kehidupan kita yg 'mengaku' sebagai Muslim nie.

Oklaa..itu pasal 'Bismillah'. Sebenarnya post aku hari nie nak memfokuskan kepada kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang kita suma 'mengaku' sgt2 kasihkan Baginda. Secara jujurnya, tahun2 sebelum nie aku tak begitu menghayati Maulidur Rasul nie. Maksud aku bukan la tak kisah terus, tapi penghayatan tu sgt rendah level nya sekadar superficial saja. Dan kemudian selepas abes 12 Rabiul Awal, seolah2 kembali ke 'bentuk asal' aku yang kuat me'lagha'. Nauzubillah. 

Alhamdulillah..tahun nie aku rasa sayu sgt bila mengenangkan Rasullah s.a.w. Bermula daripada minggu lepas selepas tgk beberapa program di TV AlHijrah, mula terasa betapa diri aku nie 'penipu'. Mengaku sayang Nabi, tapi apa yg dah aku buat utk menunjukkan aku ni sayang Nabi..?? Tak payahlah nak fokuskan kepada org lain atau masyarakat Malaysia sekarang. Cukup sekadar muhasabah & teropong diri sendiri dulu. Sob..sob..sob...sgt menyedihkan. Apakah org2 mcm kita nie especially diri aku sendiri akan dibangkitkan berada di belakang Nabi s.a.w di padang mahsyar nanti? Atau dibangkitkan di belakang artis2 k-Pop yang kita puja2 skarang nie? Adakah kita nie cukup 'qualifications' utk dapat syafa'at daripada Baginda di hari kebangkitan di mana ibu bapa apatah lagi kekasih pon tak hirau akan diri kita nie??

Marilah kita sama2 reflect / muhasabah diri kita masing2 balik. Jom jadikah Maulidur Rasul 1433 Hijrah nie sebagai 'turning point' untuk kita bersama2 'mula' menanamkan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan seriusnya..!! Ingatlah..cinta kepada Nabi bererti cinta kepada Allah juge..wallahualam. :)

P/S: Sila hayati videoclip 'the chosen one' tu..sgt bermakna tau :)

Thursday, February 2, 2012

Dah Hari Khamis Rupanya...

Salam...

Dah hari khamis rupanya. Agak cepatkan minggu nie berlalu walaupun minggu nie xde public holiday. Mcm tu laa masa berlalu tanpa kita sedari. Masa yg berlalu x kan berpatah balik lagi dan tidak akan sama lagi walaupun setiap minggu akan berulang hari-hari yg diberi nama yg sama 'Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad'. Huhuu..aku membebel apa pon xtau nie.

Hampir genap sebulan 'pemerintahan' ofis aku dah berubah. Apa kabar la Pn Sue kat sana yer..? Hrp2 semuanya ok utk beliau meskipun husband dia masih 'tertinggal' di Miri lagi. Sejak hari Isnin lagi, renovation ofis kami dah bermula..hehee..xde la renovate ape sgt pon..cuma shift ofis dietitian ke belakang & bilik seminar ke depan. Maka dgn itu, meja aku berada paling belakang skali betul2 dekat dgn aircond. Sejuk ala2 kat korea gitu. Dan yg bestnya..strength 'internet tumpang' semakin kuat bila dah ade kat blakang..yeayyy..ureshii~~ :D

Haa..aku nak crita nie..pagi2 tadi aku pi kantin utk beli nasik lemak. Pastu aku beratur la dulu sementara tunggu giliran. Datang laa sorang adik kantin perempuan utk melayan customer dgn senyuman mesra laa. Pastu sorang 'pakcik' Faber tu pon order la nasik goreng dabai. Adik tu pon cedok laa. Then, 'pakcik' tu sound adik tu "sik boh skup yg bawah2 ya..berminyak gilak.." 'Pakcik' tu sound2 adik tu suruh cedok nasik goreng yg bahagian atas sj. Dia xnak bahagian yg bawah sket pon. Dia ckp berminyak sgt. Sampai disuruh adik tu tuang balik nasik yg sudah diceduk dan ceduk semula. Adik tu mcm terpinga2 jgk la. Mana taknya x pasal2 sound2 org mcm tu. Sambil adik tu cedok semula, mulut 'pakcik' tu dok membebel2 x berhenti pasal nasik goreng dabai berminyak. Dalam hati aku ckp " kalau xmau mkn berminyak jgn la beli nasik goreng". Lepas adik tu abes cedok, dia terus letak nasik di counter utk pembayaran mcm biasa. Tiba2 'pakcik' tu panggel dia lagi " hey..hey..taruh telur..org blom sempat ckp lagi" bebel..bebel..bebel..

Aku tengok muka adik tu kesian sj. Berubah air muka dia yg senyum jer mula2 tadi. Yg 'pakcik' tu aku kenal jer dia tu sbb salu berurusan dgn kitchen. Mmg aku geleng kepala laa dlm hati. Mcm nie ke cara ckp dgn org? Even adik tu hanya seorang pelayan kantin, please show some respect. Huhuu..mcm tu la attitude kebanyakan masyarakat Malaysia skang nie. Courtesy atau dlm bahasa melayunya budi bahasa tu mmg dlm longkang saja la. Haihhh..apa la akan jadi kepada generasi akan dtg (ckp mcm org tua kan?).. Sepatutnya..yg tua dihormati & yg muda disayangi. Tp bg yg lebih tua tu..klu nak dpt 'respect' dr yg muda..pakcik2 n makcik2 pon kena show some respect kpd yg muda jgk tau..klu masing2 x reti hormat org lain..xtau laa apa akan jd dgn masyarakat Malaysia nnt.

Wallahualam...

Oklaa..waktu rehat dah habis..time to start work back..!! Hwaitinggg~~