AsSoLaTu iMaDuddiN

Sunday, February 5, 2012

Bookworm 'In The Making'

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku pernah dengar kata-kata orang bijak pandai. Siapa orangnya aku pon tak berapa tau. Kata beliau "Siapa kita 5 tahun akan datang dipengaruhi oleh siapa orang yang kita jumpa & bergaul dan BUKU apa yang kita baca". Aku rasa ada benarnya kata-kata tersebut.

Justeru itu, aku berazam untuk memulakan kembali hobi membaca aku yang pernah dulu dipupuk oleh abah tersayang aku sejak aku tadika dulu lagi. Aku ingat lagi masa aku tadika dulu abah selalu bawa aku ke perpustakaan negeri (kalau tak silap) untuk membaca & meminjam buku-buku yang aku suka. Aku ingat lagi 3 buah buku cerita pertama yang abah belikan untuk aku semasa tadika dulu (tak termasuk Doraemon la yerr..), Nasihat Luqman, Kisah Bani Israel Dengan Ikan dan Hang Tuah Pahlawan Melaka (aku tak 'sure' sangat tajuk buku Hang Tuah ni). Hasilnya, alhamdulillah..semasa aku tadika lagi aku dah boleh membaca buku cerita dengan lancar. Terima kasih, abah!

Semalam 'housemate' aku minta aku teman dia untuk menyelesaikan urusannya di Bintang Plaza. Selepas selesai urusan tersebut, kami singgah di Popular. Orang agak ramai semalam mungkin disebabkan cuti. Keempat-empat 'cashier' begitu panjang barisannya sampai ke rak-rak buku. Mungkin kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan membaca semakin bertambah baik. Itu petanda baik untuk masa depan Malaysia nie! (patriotik pulak tiba-tiba..hehee)

Hasil daripada 'lepas gian' aku terhadap buku, maka aku telah merembat 4 buah buku yang aku rasa macam nak baca. Habis baca tu belum tentu lagi. Tapi aku akan berusaha! Ganbatte..!! Ganbatte..!!


Ni la 4 buah buku yang aku beli semalam tu. Yang pertama sekali ialah kisah Ashabul Kahfi yang tercatat dalam Al-Quran tu. Aku rasa nak mendalami lagi pengajaran di sebalik 'kisah misteri' yang Allah perincikan dalam Surah Al-Kahfi tu. Buku yang kedua ialah soal jawab dengan ustaz 'kemaih keming' yang menjadi fenomena anak-anak muda masa kini. Siapa lagi kalau bukan UAI. Bukunya simple & 'straight-forward'. Harap-harap boleh menjadi rujukan untuk permasalahan semasa yang timbul dalam hidup aku. Buku yang ketiga ialah tentang seorang pemimpin Islam yang agung iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Haa..kalau anda tak tahu, tentera Islam di bawah kepimpinan beliau ni lah yang telah berjaya menawan kerajaan Kristian Konstantinopel. Dan buku yang terakhir ialah sebuah travelog mengisahkan perjalanan hidup Bob Lokman dari kelahirannya sehingga beliau dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayahNya di celah-celah dunia artis yang penuh dengan kemaksiatan. MasyaAllah~~

Ok laa..macam agak panjang pulak post aku ni. Penat membaca nanti. InsyaAllah..kalau dilapangkan masa nanti aku akan update pulak tentang summary buku-buku ni lepas aku berjaya habis baca. Hwaitingg~~!!

Salam.

2 comments:

Anonymous said...

dah lepas baca.. share2 la isi kat dalam tu..

"Hu5sN4-sama" said...

Anon: insyaAllah klu berjaya abes baca..:)