SeLaMaT HaRi GuRu...!!
Urghh..urghh..uhukks...tekak aku sakit hari nie..tp..still nak wish Selamat Hari Guru kpd suma cekgu di seluruh Malaysia sahaja...sbb negara2 lain tarikh Hari Guru dia lain2.. Just nak share sajak a.k.a puisi feveret aku utk cekgu yg aku rasa agak evergreen laa... GURU OH GURU Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat "Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembu...