Bookworm 'In The Making'
Bismillahirrahmanirrahim... Aku pernah dengar kata-kata orang bijak pandai. Siapa orangnya aku pon tak berapa tau. Kata beliau "Siapa kita 5 tahun akan datang dipengaruhi oleh siapa orang yang kita jumpa & bergaul dan BUKU apa yang kita baca". Aku rasa ada benarnya kata-kata tersebut. Justeru itu, aku berazam untuk memulakan kembali hobi membaca aku yang pernah dulu dipupuk oleh abah tersayang aku sejak aku tadika dulu lagi. Aku ingat lagi masa aku tadika dulu abah selalu bawa aku ke perpustakaan negeri (kalau tak silap) untuk membaca & meminjam buku-buku yang aku suka. Aku ingat lagi 3 buah buku cerita pertama yang abah belikan untuk aku semasa tadika dulu (tak termasuk Doraemon la yerr..), Nasihat Luqman, Kisah Bani Israel Dengan Ikan dan Hang Tuah Pahlawan Melaka (aku tak 'sure' sangat tajuk buku Hang Tuah ni). Hasilnya, alhamdulillah..semasa aku tadika lagi aku dah boleh membaca buku cerita dengan lancar. Terima kasih, abah! Semalam 'housemate...